Sunday 6 July 2014

Promosi Vivix Julai 2014

Promosi VIVIX yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba.

Jangan lepaskan peluang anda kerana promosi ini TERHAD untuk bulan Julai 2014 sahaja! Beli Vivix daripada kami sekarang dan anda akan mendapat hadiah istimewa daripda kami.


Beli 2 set Vivix dan anda akan mendapat keahlian PERCUMA Shaklee seumur hidup. Dengan menjadi ahli Shaklee anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah banyak lagi manafaat lain yang anda akan terima.

Vivix sesuai untuk diambil oleh hampir semua golongan masyarakat.

Mereka yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes (kencing manis), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi, penyakit jantung, masalah mata, SLE, kanser dan sebagainya amat digalakkan untuk mengambil Vivix.

Bagi Perokok Tegar yang ingin berhenti merokok atau mereka yang mementingkan penampilan dan ingin kelihatan Awet Muda atau mereka yang mahukan penjagaan kesihatan secara menyeluruh juga disarankan untuk mengambil Vivix.

MENGAPA Vivix? Sebab Vivix BUKAN ubat tetapi hanyalah supplement semata-mata. Oleh itu tiada kesan sampingan malah anda akan TERPAKSA sihat setelah mengamalkan Vivix ini. 

Rebutlah peluang ini sekarang. Anda pasti akan menyesal jika terlepas peluang ini. Ramai yang telah menggunakan Vivix dan semuanya sangat berpuas hati. 

Terima kasih kerana membaca entri kali ini. Hubungi kami jika anda berminat untuk mendapatkan suplement Vivix ini dan juga produk Shaklee yang lain melalui nombor telefon atau emel seperti yang tertera di bawah. Setiap pembelian daripada kami akan melayakkan anda untuk mendapat konsultansi berkaitan nutrisi yang ekslusif daripada kami.

Salam, sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 018-242 3727 / 011-1168 4087
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimoni daripada pengguna yang menggunakan produk seperti yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Tuesday 17 June 2014

Performance Drink VS Isotonic Drinks

Selepas bersukan, kita biasanya akan mengambil minuman isotonik seperti 100plus, Revive dan sebagainya.

Minuman isotonik ini sangat penting untuk mengembalikan semula cecair yang hilang semasa bersukan.

Malangnya kebanyakan minuman isotonik yang dijual di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi, sehingga boleh membahayakan kesihatan kita. Malahan, kerajaan Arab Saudi telah MELARANG PENJUALAN minuman isotonik ini di negara mereka.

Larangan Jual Minumn Isotonik

Klik untuk ke link Larangan Menjual Minuman Isotonik Di Arab Saudi 


Ramai yang telah beralih dari minuman Isotonik ke PERFORMANCE DRINK Shaklee. Ianya bukan sahaja menghidratkan badan dengan cepat malah mampu menghalang kehilangan air daripada badan.


Walaupun supplement ini bersifat isotonic tetapi sangat berbeza daripada minuman isotonic yang dijual dipasaran kerana kandungan gula yang rendah dan tidak berkarbonat.

Performance Drink ini bukan hanya untuk mereka yang aktif bersukan. Ianyanya juga sesuai untuk semua orang termasuklah kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, wanita dan juga warga emas, malah Performace Drink ini merupakan sebahagian daripada Set Berpuasa Shaklee.  

Para ibu yang menyusukan anak juga amat sesuai untuk mengambil Performance Drink kerana produk ini akan memastikan para ibu sentiasa terhidrasi dan memastikan pengeluaran susu yang berterusan walaupun ketika sedang berpuasa.

Sila Klik Di Sini Untuk Set Berpuasa Shaklee Untuk IbuMenyusukan Bayi 


Sila Klik Di SIni Untuk Set Berpuasa Shaklee 


***********
Terima kasih kerana membaca entri kali ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Performance Drink Shaklee ini atau anda berminat untuk mendapatkan produk-produk lain daripada Shaklee, hubungi kami melalui nombor telefon atau alamat emel seperti yang tertera di bawah. Kami akan memberikan jadual pemakanan vitamin yang EKSLUSIF untuk anda serta tips-tips berkaitan. Anda juga akan mendapat jemputan untuk menjadi ahli group Facebook yang khas untuk pelanggan kami sahaja.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimoni daripada pengguna yang menggunakan produk seperti yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Sunday 8 June 2014

Fitosterol VS Kolestrol

Tahukah anda apa itu FITOSTEROL? Kalau tidak tahu pun tidak mengapa, kita belajar sama-sama.

Fitosterol adalah daripada sumber tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang hampir sama dengan kolestrol dalam tubuh kita. Walaupun kedua-duanya adalah hampir sama tetapi fungsi kedua-duanya adalah TIDAK SAMA.

Kolestrol berasal daripada sumber haiwan yang akan menyebabkan PENINGKATAN KADAR kolestrol dalam badan kita, manakala Fitosterol pula dapat MENURUNKAN kadar kolestrol dalam darah kita. Sangat berbeza kan?

Fitosterol bertindak dengan cara menghalang kolestrol dalam usus kita daripada diserap ke dalam salur darah. Dengan ini, kolestrol yang tidak diserap akan dibuang daripada badan dan kadar kolestrol dalam darah akan berkurangan.


Kita perlu mengambil sebanyak 1000-3000 mg fitosterol sehari untuk menurunkan tahap kolestrol sehingga 10%. Untuk mendapatkan jumlah fitosterol tersebut, kita perlu memakan banyak sayuran segar, bijian dan buah-buahan setiap hari. Kita juga perlu mengelakkan pengambilan sebarang makanan yang mengandungi kolestrol tinggi seperti daging, ayam dan sebagainya.

Agak mustahil kan sebab badan kita masih memerlukan protein dan nutrien yang terdapat dalam daging, ayam dan sebagainya. Cara yang paling senang ialah dengan pengambilan supplement yang mengandungi fitosterol. 

Produk Shaklee yang terbaru iaitu Phytocol ST mampu membekalkan jumlah fitosterol yang diperlukan untuk menurunkan kadar kolestrol darah. Dengan pengambilan 2-6 biji Phytocol ST sehari mampu menghalang kolestrol daripada diserap oleh badan kita. 

*******************

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya pada kali ini. Semoga anda mendapat sedikit manafaat dan info berguna daripada entri ini. Sekiranya anda berminta untuk mendapatkan supplemen Phytocol ST ini atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi kami melalui nombor telefon atau email seperti yang tertera di bawah. 

Sebarang pembelian daripada kami akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultansi berterusan secara percuma, jemputan ke group ekslusif dalam Facebook, dan banyak lagi keistimewaan lain daripada kami. Anda boleh mendapatkan setiap produk yang ditawarkan dengan harga ahli jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimoni daripada pengguna yang menggunakan produk seperti yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Thursday 5 June 2014

Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu Badan | Set Ramadhan Shaklee

Menjelang Ramadhan ini majority ibu-ibu yang menyusu badan akan rasa risau dan khuatir susu mereka akan merudum ketika berpuasa. Apatah lagi jika ini adalah merupakan pengalaman pertama menyusu bayi di bulan puasa.

Bermacam-macam persoalan dan kerisauan yang akan timbul. Risau susu badan jadi kurang. Risau baby tidak kenyang. Risau tidak tahan berpuasa sehari kerana menyusu badan dan banyak lagi kerisauan lain.

Rasanya kita semua tahu bahawa untuk penghasilan susu badan yang optimum, badan memerlukan bekalan air yang mencukupi di samping nutrient-nutrient lain yang penting untuk tumbesaran bayi. Ibu mana yang tidak risau kalau bayinya tidak cukup zat.

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang menyusu badan berpuas hati setelah mengamalkan pengambilan Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu. Walaupun berpuasa susu badan tidak berkurangan dan badan kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka puasa. Malah ibu-ibu juga mampu menyediakan stok susu untuk bayi.


Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu ini mampu membekalkan tenaga yang cukup sepanjang hari disamping membekalkan nutrient penting yang diperlukan oleh badan dan memastikan badan sentiasa terhidrasi walaupun ketika berpuasa. Set ini juga boleh berfungsi sebagai 'milk booster' tetapi dengan syarat, ibu-ibu kena mengikuti jadual pemakanan produk serta tips-tips merangsang pengeluaran susu badan yang akan kami berikan.

Encik-encik suami di luar sana, apa kata anda belikan Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu ini untuk isteri tercinta. Tak kesian ke dengan isteri-isteri anda? Sudahlah seharian berpuasa, kena menyusukan anak pula. Tambahan lagi jika isteri anda bekerja. Kalau hari-hari biasa pun sudah penat, apatah lagi kalau semasa berpuasa. Mesti berganda-ganda lagi kepenatannya. Fikir-fikirkanlah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu ini, anda boleh menghubungi kami dan kami akan kongsikan rahsia dan tips-tips bagaimana ibu-ibu menyusu yang menggunakan produk ini mampu menyempurnakan ibadah puasa sebulan dan kekal bertenaga sepanjang hari walaupun terpaksa menyusukan bayi mereka. 


Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimoni daripada pengguna yang menggunakan produk seperti yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Wednesday 4 June 2014

Sumber Tenaga Semasa Berpuasa | Set Berpuasa Shaklee

Ramadhan sudah dekat. Tak sampai sebulan saja lagi. Puasa tahun lepas pun masih ada lagi yang belum qada’. Bukan tidak mahu ganti puasa tapi selalu terlepas untuk bersahur. Tambahan pula ada penyakit gastrik. Akibatnya tidak dapat bertahan sampai petang.

Mesti ada rakan-rakan di luar sana yang mengalami perkara sama kan. Lebih-lebih lagi sekarang ini semua orang tengah berlumba-lumba untuk menghabiskan kerja-kerja yang bertimbun sebelum tibanya bulan puasa. Cikgu-cikgu sekolah mesti tengah sibuk menanda kertas exam yang baru saja berlalu. Maklumlah, semester pertama sekolah baru habis. Yang bekerja di pejabat pula mesti tengah berusaha untuk menyiapkan kertas-kertas kerja dan projek-projek tertangguh.

Pendek kata semua orang dengan tugasan masing-masing yang tidak pernah nak habis. Jadi memang patutlah kalau berpuasa tanpa bersahur, susah nak bertahan sampai petang kan. Apa kata anda cuba Set Berpuasa Shaklee yang kami tawarkan. Set ini mengandungi nutrient lengkap yang memberikan anda tenaga berterusan sepanjang hari.


Tidak perlu risau lagi walaupun tidak sempat menyediakan makanan untuk sahur. Hanya perlu bancuh dan minum sahaja. Set ini cukup untuk tempoh 2 bulan. Maknanya, kalau anda membelinya sekarang ianya akan bertahan sampai tibanya bulan Ramadhan. Berbaloi bukan?

Salam sayang dan jumpa lagi

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 29 May 2014

Bila Nafsu Menjadi Raja

Semasa mahu membeli makanan tadi, banyak pilihan lauk-pauk yang disediakan. Memang terliur bila tengok ada rendang ayam, asam pedas, ayam goreng dan sebagainya, sampai rambang mata nak pilih yang mana. Rata-rata makanan yang disediakan di restoran dan kedai makan mengandungi jumlah lemak dan kolestrol yang tinggi


Tapi bila dah teringin sangat, mana nak ingat lagi pasal kandungan kolestrol dan lemak itu kan. Bila nafsu makan sudah menguasai diri, ditambah lagi dengan juadah yang sudah tersedia depan mata, apalagi semua bantai makan. 

Rasanya bukan saya sahaja yang mengalami perkara ini kan. Kawan-kawan di luar sana pun pasti mengalami perkara yang sama. Maklum sajalah, masalah tahap kolestrol tinggi ini tidak ada symptom. Ianya hanya akan dikesan melalui pemeriksaan darah.

Bagaimana agaknya kita mengawal tahap kolestrol ini ye? Kami cadangkan pengambilan Set Kolestrol Shaklee yang merupakan gabungan vitamin Shaklee seperti berikut:-

Phytocol ST
Omega Guard
Garlic Complex
Vitamin E
Alfalfa

Setiap vitamin dalam Set Kolestrol ini mempunyai fungsi masing-masing tetapi dalam masa yang sama saling bergantungan antara satu sama lain untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan kita.



Pytocol akan menyekat kolestrol yang baru hasil daripada pengambilan makanan.

Omega akan mencairkan kolestrol-kolestrol lama dalam badan dengan bantuan Garlic Complex dan Vitamin E.

Alfalfa pula akan mengangkut semua kolestrol yang disekat oleh Phytocol dan kolestrol yang dicairkan oleh Omega dan menyingkirkannya daripada badan.

Best kan Set Kolestrol Shaklee ni. Bukan sahaja mampu menyingkirkan kolestrol baru, kolestrol sedia ada dalam badan pun boleh dibuang. Lepas ini kalau mahu makan apa pun tidak jadi masalah sebab dah ada Set Kolestrol Shaklee ini untuk membantu kita mengawal tahap kolestrol.

Ramadhan dah semakin dekat. Percayalah, masa bulan puasa nanti pasti nafsu makan semakin menjadi-jadi terutamanya sewaktu berbuka puasa. Semua benda kita nak makan. Kecualilah kalau anda seorang yang hati besi tahap gaban yang tak tergoda langsung bila tengok pelbagai lauk dan juadah. Memang saya akan tabik spring pada anda :-D.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimony daripada pengguna yang menggunakan produk yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Thursday 22 May 2014

Set Berpuasa Shaklee

Ramadhan sudah dekat. Tinggal sebulan lebih saja lagi. Puasa tahun lepas pun masih ada lagi yang belum qada'. Bukan tidak mahu ganti puasa tapi selalu terlepas untuk bersahur. Tambahan pula ada penyakit gastrik. Akibatnya tidak dapat bertahan sampai petang.

Mesti ada rakan-rakan di luar sana yang mengalami perkara sama kan. Lebih-lebih lagi sekarang ini semua orang tengah berlumba-lumba untuk menghabiskan kerja-kerja yang bertimbun sebelum tibanya bulan puasa. Cikgu-cikgu sekolah mesti tengah sibuk menanda kertas exam yang baru saja berlalu. Maklumlah, semester pertama sekolah baru habis. Yang bekerja di pejabat pula mesti tengah berusaha untuk menyiapkan kertas-kertas kerja dan projek-projek tertangguh.

Pendek kata semua orang dengan tugasan masing-masing yang tidak pernah nak habis. Jadi memang patutlah kalau berpuasa tanpa bersahur, susah nak bertahan sampai petang kan. Apa kata anda cuba Set Berpuasa Shaklee yang kami tawarkan. Set ini mengandungi nutrient lengkap yang memberikan anda tenaga berterusan sepanjang hari.
Set Berpuasa Shaklee

Anda tidak perlu risau lagi walaupun anda tidak sempat menyediakan makanan untuk sahur. Anda hanya perlu bancuh dan minum sahaja. Set ini cukup untuk tempoh 2 bulan. Maknanya, kalau anda membelinya sekarang ianya akan bertahan sampai tibanya bulan Ramadhan. Berbaloi bukan?


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpuasa ini, anda boleh menghubungi kami melalui emel dan nombor telefon seperti yang tertera. 

Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday 20 May 2014

Fakta Ringkas:- Serangan Stroke

Tahukah anda bahawa strok merupakan Pembunuh Ke-3 Terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami stroke setiap tahun. Stroke akan memberi kesan kepada emosi, imbangan, koordinasi, penglihatan, pendengaran, deria rasa dan pergerakan.

Sesiapa sahaja boleh diserang stroke termasuklah kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes yang berlaku biasanya menimpa orang dewasa.

Apakah Stroke?

Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu menyebabkan tisu-tisu dan sel-sel otak tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi. Akibatnya dalam beberapa minit sahaja bahagian otak yang kekurangan oksigen itu akan mula mati, dan fungsi-fungsi otak akan mula terganggu dan akhirnya rosak.

Stroke berlaku dengan pantas dan senyap. Pertuturan, pemahaman bahasa dan deria akan terganggu. Sebelah tubuh mungkin akan lumpuh dan sikap, corak pemikiran serta ingatan akan terubah.

Apakah Yang Menyebabkan Stroke?

Stroke terbahagi kepada dua iaitu Strok Iskemia yang disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dalam otak dan yang kedua ialah Strok Hemorrhagic yang disebabkan oleh salur darah yang pecah dalam otak. Mini-strok atau Serangan Iskemia Sementara (TIA) pula terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu sementara.


Saluran darah yang tersumbat biasanya disebabkan oleh deposit lemak (plak) yang terkumpul pada dinding salur arteri darah yang menyebabkan salur darah menjadi sempit dengan darah beku dan akhirnya tersumbat. Plak atau deposit lemak ini berpunca daripada tahap kolestrol yang tinggi dalam darah.

Apakah Simptom-simptom Strok?

Sebelum strok menyerang, selalunya akan timbul tanda-tanda amaran utama seperti berikut:
  • Merasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan kaki yang biasanya terjadi pada sebelah bahagian badan. 
  • Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba pada salah satu atau kedua-dua mata. 
  • Kesukaran bertutur atau pertuturan yang tidak jelas atau kesukaran memahami pertuturan. 
  • Kesukaran untuk berjalan, pening, kehilangan imbangan badan dan kekeliruan yang terjadi secara tiba-tiba. 
  • Sakit kepala yang teruk dan terjadi secara mengejut tanpa punca yang jelas.

Gejala-gejala TIA adalah hampir sama dengan strok sebenar, cuma bezanya ialah simptomnya berlaku dengan cepat dan hilang dengan cepat kurang dari 24jam. Walaupun TIA hanya berlaku sementara tetapi ianya merupakan amaran awal serangan stroke yang lebih serius akan berlaku. Pastikan anda terus berjumpa dengan ahli perubatan professional untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin.

Apakah Kesan Strok?
Kesan-kesan Stroke

Kesan-kesan strok berbeza pada setiap individu dan bergantung kepada bahagian otak mana yang terjejas dan tahap kerosakannya.
  • Lumpuh atau hilang keupayaan pergerakan pada anggota badan tertentu. 
  • Kesukaran bertutur dan memahami pertuturan serta sukar membaca dan menulis. 
  • Masalah hilang ingatan dan masalah berfikir. 
  • Masalah dalam mengawal emosi. 
  • Sukar untuk menelan. 
  • Kesakitan dan masalah-masalah lain pada bahagian badan.

Siapakah Yang Berisiko Strok?

Terdapat beberapa factor yang meningkatkan risiko strok. Factor yang boleh dirawat adalah seperti berikut:- 
  • Tekanan darah tinggi (hypertension). 
  • Masalah tahap kolestrol tinggi. 
  • Penyakit kencing manis (diabetes). 
  • Atrial fibrillation (Masalah degupan jantung tidak teratur). 
  • Merokok 
  • Tabiat pengambilan minuman beralkohol. 
  • Berat badan berlebihan (overweight). 
  • Kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya. 
  • Penggunaan sesetengah jenis pil perancang keluarga.

Factor risiko strok yang tidak boleh dirawat atau ditukar pula dalah seperti berikut:- 
  • Faktor umur. Semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko strok terutama mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas. 
  • Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok pada usia muda berbanding wanita. 
  • Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami stroke.


Rawatan kecemasan untuk stroke adalah bergantung kepada jenis stroke tersebut samada stroke Iskemia yang disebabkan oleh arteri tersumbat ataupun stroke Hemorrhagic yang melibatkan pendarahan dalam otak.

Untuk stroke Iskemia, doctor akan berusaha untuk mengembalikan aliran darah ke otak. Biasanya ubat akan diberikan untuk memecahkan darah beku yang menyebabkan arteri tersumbat. Selain ubat, doctor mungkin akan menggunakan catheter yang akan dimasukkan ke otak untuk membuang darah beku tersebut.

Untuk strok Hemorrhagic, pendarahan perlu dihentikan secepat yang mungkin dan tekanan pada otak perlu diturunkan. Pembedahan untuk membuang darah pada otak mungkin akan dilakukan oleh doctor dalam kes-kes tertentu.  Penggunaan ubat akan diberikan selepas pendarahan dalam otak berhenti.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Stroke?

Gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam mengurangkan risiko mendapat stroke. 
  • Mengawal tekanan darah tinggi (hypertension). Lakukan senaman, kawal stress dan kurangkan pengambilan garam dan alcohol untuk menurunkan tekanan darah. Menambah kalium (potassium) dalam diet juga boleh membantu mengawal tekanan darah. 
  • Menurunkan tahap kolestrol. Mengambil makanan yang kurang kolestrol dan kurang lemak. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolestrol anda. 
  • Berhenti merokok. Merokok boleh meningkatkan risiko stroke kepada perokok dan juga kepada orang yang terdedah pada asap rokok. 
  • Kawal diabetes. Diabetes boleh dikawal melalui pengambilan diet sihat, senaman, mengawal berat badan serta melalui ubat-ubatan. 
  • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan diabetes. 
  • Amalkan diet yang sihat. Makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran. 
  • Kurangkan atau berhenti minum alcohol. Pengambilan alcohol meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan stroke. 
  • Lakukan aktiviti fizikal. Banyakkan senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Senaman boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan tahap kolestrol ‘baik’ (HDL), membantu menurunkan berat badan, mengawal diabetes dan mengurangkan stress. 
  • Minta nasihat doctor sebelum mengambil pil perancang keluarga.

Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Semoga anda mendapat sedikit manafaat daripada info yang dikongsikan. Sekiranya anda meghadapi masalah stroke atau berpotensi mendapat stroke, hubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan berikan bantuan dan konsultansi terbaik kepada anda serta kami akan kongsikan rahsia bagaimana untuk menghalang dan mengawal penyakit stroke ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Monday 19 May 2014

Set Gout Shaklee Untuk Wanita Menopos

Majoriti orang yang menghidap gout adalah kaum lelaki. Jarang sekali kita mendengar kaum wanita yang menghidap gout ini. Tahukah anda bahawa wanita menopous lebih cenderung untuk mendapat masalah penyakit gout ini?


Ibu kepada sahabat saya merupakan seorang penghidap gout. Apabila disahkan menghidap gout oleh doctor, beliau terpaksa tinggal di hospital berhari-hari lamanya kerana keadaan beliau yang agak kritikal. Doctor terpaksa melakukan beberapa ujian untuk memastikan organ-organ dalaman yang lain tidak terjejas kerana kandungan asid urik dalam badan yang agak membimbangkan. Setelah dibebaskan daripada hospital, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk beberapa hari kerana keadaan kaki yang masih lagi bengkak dan sukar untuk bergerak.

Mahukah kita menjadi seperti ibu kawan saya ini? Bagaimana pula dengan ahli keluarga kita serta orang-orang terdekat kita iaitu ibu, nenek, makcik dan sebagainya? Sanggupkah kita membiarkan sahaja mereka tanpa memberikan apa-apa bantuan sedangkan kita sebenarnya mampu untuk menolong mereka?

Gout ini adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Pengalaman dengan ayah sendiri yang juga seorang penghidap gout telah menyedarkan saya tentang betapa seriusnya penyakit gout ini. Setiap kali gout menyerang, air mata saya akan menitis kerana melihat betapa azabnya kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh ayah.

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan bertangguh, bertindaklah sekarang. Jangan nanti bila sudah diserang gout baru rasa menyesal. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Harus diketahui bahawa penghidap gout terpaksa bergantung seumur hidup dengan ubat untuk menurunkan tahap asid urik dalam badan.


Kami menawarkan Set Gout Shaklee yang lengkap untuk mencegah dan mengawal penyakit gout anda. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami  dan kami akan kongsikan bagaimana wanita lain berjaya mencegah dan mengawal masalah gout yang membimbangkan ini. 

Salam sayang dan jumpa lagi. 


Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Sunday 18 May 2014

Set Shaklee Untuk Kolestrol

Ramai orang dewasa di Malaysia yang mempunyai masalah tahap KOLESTROL TINGGI dalam darah. Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya mengawal dan menurunkan tahap kolestrol darah mereka selepas mendapatkan khidmat kepakaran kami.


Tubuh kita sebenarnya memerlukan kolestrol untuk membantu menjalankan fungsi-fungsi tertentu dalam badan. Badan kita hanya memerlukan jumlah kolestrol yang sedikit sahaja, namun gaya hidup yang kurang sihat menyumbang kepada pembentukan kolestrol yang lebih tinggi. Apa tidaknya, untuk sarapan sahaja kita sudah terbiasa untuk dengan nasi lemak, roti canai, dan sebagainya. Ini belum termasuk lagi dengan makanan fast-food yang lain.

Kolestrol sahaja sebenarnya tidak berbahaya, TETAPI kandungan kolestrol darah yang tinggi boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti stroke dan serangan jantung serta menyumbang kepada penyakit kardivioskular yang lain. Harus diketahui bahawa serangan jantung merupakan pembunuh NO.1 di Malaysia.

>>Sila klik disini untuk info ringkas mengenai serangan stroke

Semua orang berpotensi untuk menghidap masalah kolestrol tinggi. Jangan ingat orang gemuk sahaja yang boleh dapat masalah ini. Orang yang kurus keding pun tidak terkecuali. Sebab itulah kami berada di sini untuk membantu mereka yang mempunyai masalah ini untuk mengawal dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah.

Vitamin Shaklee yang kami cadangkan untuk Set Kolestrol ialah

Phytocol
Omega Plus
Garlic Complex
Vitamin E
Alfalfa

Harus diingat bahawa masalah ini tidak mempunyai symptom yang jelas. Mungkin ada diantara kita sekarang yang ada masalah tahap kolestrol tinggi tetapi tidak menyedarinya. Masalah ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Berjumpalah dengan doctor anda sekarang untuk menguji tahap kolestrol anda.

Sekiranya anda menghadapi masalah tahap kolestrol tinggi atau sekiranya anda berpotensi untuk mendapat masalah ini, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan berusaha untuk membantu anda mendapatkan nilai hidup yang lebih baik dan tahap kolestrol yang lebih terkawal.

“Kehidupan Yang Sihat Adalah Pilihan. Pilih Untuk Sihat!”


Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-2423727
Email : setkurusbajet@gmail.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Setiap artikel yang dituliskan adalah hasil daripada pembacaan penulis serta hasil pengalaman peribadi penulis dan pengalaman daripada pengguna produk yang dinyatakan dalam artikel. 

Saturday 17 May 2014

Shakle VS Kesuburan

Kebelakangan ini carian di Google berkenaan Shaklee dan Kesuburan melonjak melebihi 4000 carian sebulan. Bagaiamana kami tahu? Adalah rahsianya.

Ini menggambarkan kesedaran pengguna terhadap bagaimana supplement dan makanan tambahan membantu dalam mengatasi masalah kesuburan semakin meningkat.

MALANGNYA, kebanyakan pengedar Shaklee hanya mengambil sikap Generalized atau Pukul Rata terhadap masalah kesuburan ini. Hakikatnya, masalah kesuburan adalah isu paling sensitive dan amat ekslusif.

Terlalu banyak punca masalah kesuburan yang memerlukan penyelesaian berbeza antara seseorang individu dengan seorang individu yang lain. Kesimpulannya di sini ialah, setiap masalah adalah UNIK dan TIDAK BOLEH PUKUL RATA.

Contohnya adalah Set Kesuburan untuk pengguna yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.


Dengan membuat anggapan bahawa mereka berkemungkinan menghidapi PCOS, jadi ini adalah gabungan produk untuk mereka. Cara pengambilan produk-produk tersebut sudah tentu tidak sama dengan cara pengambilan pengguna lain.

Jadi sudahkah anda faham mengapa kami tidak reveal cara makan secara terbuka? Kerana cara makan vitamin untuk dia sudah tentu tidak sama dengan cara makan untuk saya.

Dan jika kami dedahkan cara makan secara terbuka dan diambil oleh pengedar Shaklee yang tidak berapa faham, bukankah ini akan menganiaya pengguna yang dapat maklumat yang tidak tepat?

Kerana itu, dalam Shaklee ini, consultation adalah nilai sebenar dan bukannya produk yang anda boleh dapat dengan murah dari pengedar Shaklee lain. Dengan kami, harga yang kami berikan adalah harga yang bernilai sebenar.

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya pada kali ini. Saya rasa kita semua boleh memikirkan mana pilihan yang paling baik untuk diri kita. Jadilah pengguna yang bijak. Pilihan berada di tangan anda.


Salam sayang dan jumpa lagi. 

Sms / WeChat /Line: 011-1168 4087
Email : setkurusbajet@gmail.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Friday 16 May 2014

BILA JERAWAT DATANG BAGAI DIJEMPUT

Kulit yang berminyak amat mudah dihinggap jerawat.

Tambah tension lagi bila umur semakin meningkat tetapi kulit masih lagi sama seperti zaman remaja dulu-dulu, jerawat tumbuh non-stop!


Apa puncanya?

Sama seperti masalah kulit berminyak, ianya perlu diselesaikan di peringkat akarnya iaitu perlu dirawat daripada aspek dalaman.

Sekiranya punca masalah jerawat tidak dirawat dari peringkat asas, maka ia akan berterusan sampai bila-bila walau kita guna produk skin care yang paling mahal di dunia sekali pun.

Sebab masalah kulit perlu dirawat bermula daripada dalaman. Pernah dengar tak ayat:

“Kecantikan luaran bermula dari dalam.”

Ini kerana apabila kesihatan dalaman kita cemerlang, maka kecantikan akan terpancar dari dalam dan akan kelihatan pada bahagian luaran kita.


Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Sekiranya ada di antara anda yang mengalami masalah jerawat, atau mengenali sesiapa yang menghadapi masalah jerawat ini boleh menghubungi kami untuk mendapatkan perkongsian khidmat kepakaran kami. Setiap pembelian daripada kami akan membolehkan anda mendapat cara pemakanan supplement yang ekslusif serta konsultan yang berterusan daripada kami.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / WeChat /Line: 011-1168 4087
Email : setkurusbajet@gmail.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 15 May 2014

Set Kulit Shaklee Untuk Jeragat | Set Kecantikan Shaklee

Ramai orang yang menghidap masalah kulit berjeragat terutama sekali wanita. Alhamdulillah, ramai yang berjaya sembuh daripada masalah ini setelah mendapat khidmat perkongsian kepakaran daripada kami. Tahukah anda bahawa masalah jeragat adalah masalah kulit top-10 paling banyak dihidapi di Asia Tenggara.

Jeragat muka yang kritikal

Pada kebiasaanya kita akan melihat makcik-makcik yang sudah berumur sering mengalami masalah jeragat ini. Tetapi sebenarnya orang muda pun boleh terkena masalah kulit. Mereka yang sering terkena masalah kulit berjeragat ialah yang berumur di antara 20-50 tahun.

Jeragat pada wanita muda

Ada di antara kita yang tidak sedar kita sebenarnya mempunyai masalah jeragat kerana ianya tidak kelihatan pada kulit dan hanya akan nampak jelas semasa mengandung. Jeragat ini akan kekal seumur hidup sekiranya dibiarkan sahaja tanpa dirawat. 


Sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai masalah jeragat, maka kemungkinan besar kita juga akan mendapat masalah kulit berjeragat. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga boleh menyebabkan masalah jeragat. Selain itu, pengambilan hormone seperti pil perancang juga boleh menyumbang kepada masalah jeragat. Mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari yang terik juga sering mengalami masalah kulit berjeragat ini.

Bagi yang tidak terkena masalah jeragat ini mungkin menganggap masalah ini tidak serius. Namun bagi mereka yang menghadapi masalah ini akan berasa sangat tertekan kerana jeragat ini akan mencacatkan penampilan. Ada yang menggunakan foundation dan concealer untuk menutup jeragat tersebut.  Tetapi itu hanyalah penyelesaian sementara. Kita hanya menutup jeragat dan bukannya menghilangkan jeragat tersebut. Lagipun tidak mungkin kita akan bermekap 24jam kan.  Kecantikan luaran sebenarnya bermula daripada kecantikan dalaman.

Menyembunyikan cela pada wajah dengan mekap

Semua wanita mahukan paras wajah yang bebas cela dan tidak mempunyai masalah kulit. Andainya kulit wajah kita bermasalah, kita akan kurang keyakinan diri. Kerana itulah kami berada di sini untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjeragat untuk merawat dan mengatasi masalah jeragat tersebut agar anda memiliki kulit yang cantik berseri dan bebas daripada jeragat.


Sekiranya anda mengalami masalah jeragat, ataupun anda mengenali sesiapa yang ada masalah kulit berjeragat, boleh mengubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan kongsikan rahsia bagaimana orang lain berjaya merawat dan mengatasi masalah jeragat yang menyakitkan hati ini.


Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / WeChat /Line /Whatsapp: 011-1168 4087
Email : setkurusbajet@gmail.com