Tuesday 20 May 2014

Fakta Ringkas:- Serangan Stroke

Tahukah anda bahawa strok merupakan Pembunuh Ke-3 Terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami stroke setiap tahun. Stroke akan memberi kesan kepada emosi, imbangan, koordinasi, penglihatan, pendengaran, deria rasa dan pergerakan.

Sesiapa sahaja boleh diserang stroke termasuklah kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes yang berlaku biasanya menimpa orang dewasa.

Apakah Stroke?

Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu menyebabkan tisu-tisu dan sel-sel otak tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi. Akibatnya dalam beberapa minit sahaja bahagian otak yang kekurangan oksigen itu akan mula mati, dan fungsi-fungsi otak akan mula terganggu dan akhirnya rosak.

Stroke berlaku dengan pantas dan senyap. Pertuturan, pemahaman bahasa dan deria akan terganggu. Sebelah tubuh mungkin akan lumpuh dan sikap, corak pemikiran serta ingatan akan terubah.

Apakah Yang Menyebabkan Stroke?

Stroke terbahagi kepada dua iaitu Strok Iskemia yang disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dalam otak dan yang kedua ialah Strok Hemorrhagic yang disebabkan oleh salur darah yang pecah dalam otak. Mini-strok atau Serangan Iskemia Sementara (TIA) pula terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu sementara.


Saluran darah yang tersumbat biasanya disebabkan oleh deposit lemak (plak) yang terkumpul pada dinding salur arteri darah yang menyebabkan salur darah menjadi sempit dengan darah beku dan akhirnya tersumbat. Plak atau deposit lemak ini berpunca daripada tahap kolestrol yang tinggi dalam darah.

Apakah Simptom-simptom Strok?

Sebelum strok menyerang, selalunya akan timbul tanda-tanda amaran utama seperti berikut:
  • Merasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan kaki yang biasanya terjadi pada sebelah bahagian badan. 
  • Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba pada salah satu atau kedua-dua mata. 
  • Kesukaran bertutur atau pertuturan yang tidak jelas atau kesukaran memahami pertuturan. 
  • Kesukaran untuk berjalan, pening, kehilangan imbangan badan dan kekeliruan yang terjadi secara tiba-tiba. 
  • Sakit kepala yang teruk dan terjadi secara mengejut tanpa punca yang jelas.

Gejala-gejala TIA adalah hampir sama dengan strok sebenar, cuma bezanya ialah simptomnya berlaku dengan cepat dan hilang dengan cepat kurang dari 24jam. Walaupun TIA hanya berlaku sementara tetapi ianya merupakan amaran awal serangan stroke yang lebih serius akan berlaku. Pastikan anda terus berjumpa dengan ahli perubatan professional untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin.

Apakah Kesan Strok?
Kesan-kesan Stroke

Kesan-kesan strok berbeza pada setiap individu dan bergantung kepada bahagian otak mana yang terjejas dan tahap kerosakannya.
  • Lumpuh atau hilang keupayaan pergerakan pada anggota badan tertentu. 
  • Kesukaran bertutur dan memahami pertuturan serta sukar membaca dan menulis. 
  • Masalah hilang ingatan dan masalah berfikir. 
  • Masalah dalam mengawal emosi. 
  • Sukar untuk menelan. 
  • Kesakitan dan masalah-masalah lain pada bahagian badan.

Siapakah Yang Berisiko Strok?

Terdapat beberapa factor yang meningkatkan risiko strok. Factor yang boleh dirawat adalah seperti berikut:- 
  • Tekanan darah tinggi (hypertension). 
  • Masalah tahap kolestrol tinggi. 
  • Penyakit kencing manis (diabetes). 
  • Atrial fibrillation (Masalah degupan jantung tidak teratur). 
  • Merokok 
  • Tabiat pengambilan minuman beralkohol. 
  • Berat badan berlebihan (overweight). 
  • Kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya. 
  • Penggunaan sesetengah jenis pil perancang keluarga.

Factor risiko strok yang tidak boleh dirawat atau ditukar pula dalah seperti berikut:- 
  • Faktor umur. Semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko strok terutama mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas. 
  • Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok pada usia muda berbanding wanita. 
  • Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami stroke.


Rawatan kecemasan untuk stroke adalah bergantung kepada jenis stroke tersebut samada stroke Iskemia yang disebabkan oleh arteri tersumbat ataupun stroke Hemorrhagic yang melibatkan pendarahan dalam otak.

Untuk stroke Iskemia, doctor akan berusaha untuk mengembalikan aliran darah ke otak. Biasanya ubat akan diberikan untuk memecahkan darah beku yang menyebabkan arteri tersumbat. Selain ubat, doctor mungkin akan menggunakan catheter yang akan dimasukkan ke otak untuk membuang darah beku tersebut.

Untuk strok Hemorrhagic, pendarahan perlu dihentikan secepat yang mungkin dan tekanan pada otak perlu diturunkan. Pembedahan untuk membuang darah pada otak mungkin akan dilakukan oleh doctor dalam kes-kes tertentu.  Penggunaan ubat akan diberikan selepas pendarahan dalam otak berhenti.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Stroke?

Gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam mengurangkan risiko mendapat stroke. 
  • Mengawal tekanan darah tinggi (hypertension). Lakukan senaman, kawal stress dan kurangkan pengambilan garam dan alcohol untuk menurunkan tekanan darah. Menambah kalium (potassium) dalam diet juga boleh membantu mengawal tekanan darah. 
  • Menurunkan tahap kolestrol. Mengambil makanan yang kurang kolestrol dan kurang lemak. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolestrol anda. 
  • Berhenti merokok. Merokok boleh meningkatkan risiko stroke kepada perokok dan juga kepada orang yang terdedah pada asap rokok. 
  • Kawal diabetes. Diabetes boleh dikawal melalui pengambilan diet sihat, senaman, mengawal berat badan serta melalui ubat-ubatan. 
  • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan diabetes. 
  • Amalkan diet yang sihat. Makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran. 
  • Kurangkan atau berhenti minum alcohol. Pengambilan alcohol meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan stroke. 
  • Lakukan aktiviti fizikal. Banyakkan senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Senaman boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan tahap kolestrol ‘baik’ (HDL), membantu menurunkan berat badan, mengawal diabetes dan mengurangkan stress. 
  • Minta nasihat doctor sebelum mengambil pil perancang keluarga.

Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Semoga anda mendapat sedikit manafaat daripada info yang dikongsikan. Sekiranya anda meghadapi masalah stroke atau berpotensi mendapat stroke, hubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan berikan bantuan dan konsultansi terbaik kepada anda serta kami akan kongsikan rahsia bagaimana untuk menghalang dan mengawal penyakit stroke ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment