Saturday 10 May 2014

Set Shaklee Untuk Gout | Set Gout Shaklee Untuk Lelaki

Alhamdulillah, ramai yang telah bebas dari penyakit gout selepas mendapatkan khidmat kepakaran kami. Gout merupakan salah satu cabang penyakit radang sendi (arthritis) yang paling menyakitkan yang sering melanda kaum lelaki.
Sakit gout umpama dicucuk beribu duri
 Saya masih ingat arwah bapa saya dulu juga merupakan seorang penghidap gout. Setiap kali penyakit gout menyerang kedua-dua kaki arwah bapa akan membengkak, sehingga menyukarkan arwah untuk bergerak sampaikan untuk ke bilik air pun terpaksa dipapah. Bayangkanlah betapa azabnya gout ini sampaikan walau tersentuh sedikit sahaja bahagian yang bengkak itu sakitnya terasa satu badan.
Gout pada kedua-dua belah kaki
Pernah satu ketika, sendi siku pada salah satu tangan arwah bapa membengkak sebesar bola tennis sehingga tangan menjadi kebas dan sukar untuk digerakkan. Akhirnya, tangan bapa boleh digerakkan semula apabila cecair daripada siku yang bengkak itu dikeluarkan dengan menggunakan jarum dan picagari.

Gout pada sendi siku
Ada diantara kita yang mungkin anda akan berkata, “Ah, aku tak kena gout pun. Kenapa nak risau!”

Tetapi jangan tak bahawa 1 daripada 200 orang dewasa akan diserang gout. Andainya ada ahli keluarga kita yang pernah menghidap gout, kemungkinan tinggi kita juga akan mendapat penyakit ini. Berikut merupakan ciri-ciri orang yang mungkin akan diserang penyakit gout:
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap gout
  • Berjantina lelaki
  • Berat badan berlebihan, obesiti, diabetes
  • Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  • Menjalani pemindahan organ
  • Menggunakan ubatan seperti diuretics, aspirin, cyclosporine atau levodopa
  • Mengambil vitamin niacin
  • Terdedah kepada persekitaran yang ada plumbum
Setiap orang berpotensi untuk diserang gout! Adakah kita masih lagi mahu bersikap tidak peduli tentang penyakit gout ini?!

Ada dikalangan penghidap gout yang kurang peka terhadap penyakit ini. Mereka seringkali berkata, "Lepas makan ubat, sembuhlah gout ni." Tetapi sebenarnya ubat yang diberikan kepada pesakit gout hanya dapat mengawal serangan gout dan bukan menyembuhkan. Maka kemungkinan serangan gout berulang adalah amat tinggi.


Bagaimana serangan gout terjadi

Ubat yang biasanya diberikan untuk gout ialah ubat painkiller anti-radang, tetapi banyak kesan sampingan yang akan berlaku akibat daripada pengambilan ubat anti-radang ini. Antara kesan sampingan yang biasanya berlaku ialah gastrik, tidak hadam, sakit kepala, muntah-muntah, dan yang paling serius ialah pendarahan dalam perut. Pesakit gout juga cenderung untuk menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

Terdapat segelintir penghidap gout yang tidak mahu mengambil ubat gout kecuali jika terpaksa dan hanya akan makan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja kerana takut akan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan tersebut di belakang hari. Kerana itulah kami berada di sini untuk membantu para pesakit gout untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bebas daripada serangan gout.

Set Gout Shaklee adalah supplement vitamin yang dihasilkan secara semulajadi dan bukannya ubat-ubatan. Oleh itu, tiada kesan samping yang akan berlaku hasil daripada pengambilan supplement ini. Vitamin daripada Shaklee juga tidak mengandungi dadah.



Sekiranya anda adalah penghidap gout, ataupun anda mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas, atau anda ada mengenali sesiapa yang menghidap gout, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyALLAH, kami akan kongsikan RAHSIA BAGAIMANA penghidap gout yang lain berjaya bebas daripada serangan gout yang menyeksakan itu.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / WeChat /Line: 011-1168 4087
Whatsapp : 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment