Sunday 11 May 2014

Fakta Ringkas:- GOUT

Tahukah anda bahawa 1 daripada 200 orang dewasa akan diserang gout?!! Menakutkan bukan. Maknanya kita semua berpotensi untuk mendapat gout. Malangnya masih ramai yang tidak tahu betapa seriusnya penyakit gout ini, malah ada juga yang tidak ambil peduli kerana belum kena pada diri sendiri. Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi dengan anda fakta ringkas mengenai penyakit gout ini.

 Apa itu Gout?

Gout adalah salah satu cabang penyakit arthritis (radang sendi) yang paling menyakitkan. Ianya terjadi apabila terdapat banyak asid urik dalam badan. Akibatnya ialah:-
  • Asid urik yang banyak ini akan berkumpul pada bahagian sendi-sendi badan dan membentuk kristal asid yang tajam seperti jarum. Kristal inilah yang akan menyebabkan kesakitan teruk semasa serangan gout. 
  • Pengumpulan asid urik di bawah kulit (dipanggil tophi) yang berbentuk seperti bonggol. 
  • Pembentukan batu karang yang disebabkan oleh kristal asid urik dalam buah pinggang.
Pengumpulan asid urik pada bawah kulit (tophi)

Bahagian badan yang biasanya terkena gout ialah pada ibu jari kaki. Bahagian badan lain yang mungkin terkena gout ialah pada sendi siku, tangan, lutut, kaki, pergelangan tangan. Gout biasanya akan menyerang pada waktu malam.

Sendi-sendi yang akan diserang Gout

Apakah Simptom Dan Tanda-tanda Serangan Gout?
  • Kesakitan melampau yang berlaku secara tiba-tiba pada sendi-sendi badan. 
  • Sendi-sendi tersebut akan membengkak, berwarna kemerahan, rasa panas apabila disentuh dan sangat sakit. 
  • Kesakitan biasanya akan berlarutan 7-10 hari.
Serangan Gout

Siapakah Yang Akan Mendapat Gout?

  • Mempunyai ahli keluarga yang ada gout. 
  • Seorang lelaki 
  • Wanita menopos 
  • Pengambilan alcohol yang berlebihan 
  • Pengambilan makanan yang kaya dengan purine (seperti kekacang, organ dalaman haiwan, dan beberapa jenis makanan laut). 
  • Mempunyai masalah enzim yang menyukarkan badan untuk menguraikan purine
  • Menjalani pemindahan organ. 
  • Kekurangan vitamin C. 
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti diuretics, aspirin dan beberapa jenis ubat kemoterapi. 
  • Menghadapi masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes, hypertriglyceridaemia, masalah sum-sum tulang, penyakit vascular dan sebagainya.

Makanan Yang Boleh Dimakan Oleh Penghidap Gout?
  • Elakkan organ dalaman haiwan seperti hati, paru 
  • Elakkan makanan laut seperti herring, sardine, ikan bilis, mackerel, tuna, udang, dan sebagainya. 
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan daging merah. 
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak. 
  • Elakkkan atau kurangkan pengambilan minuman beralkohol. 
  • Kurangkan atau elakkan makanan manis yang tinggi kandungan fructose. 
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan roti whole grains – karbohidrat kompleks. 
  • Kurangkan pengambilan makanan diproses seperti roti putih, kek dan gula-gula – refined carbohydrates.
  • Banyakkan pengambilan cecair terutama air kosong.

Apakah Rawatan Untuk Gout?

Terdapat dua jenis ubat-ubatan untuk merawat gout.
1.       Untuk mengawal kesakitan semasa sedang kesakitan:
  • Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) 
  • Corticosteroids, seperti prednisone 
  • Colchicine, yang biasanya diambil semasa 12 jam pertama serangan gout berlaku.
2.       Untuk mengelakkan serangan daripada berulang atau berlaku dengan kerap.
  • Allopurinol, diambil selepas kesakitan gout telah hilang, menurunkan tahap asid urik dalam darah dan mengambil masa 2-3 bulan untuk berfungsi sepenuhnya.

Apakah Kesan Sampingan Ubat Gout?
  • Anti-inflammatory drugs boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit, sakit kepala, makanan tidak hadam, dan yang paling teruk sekali pendarahan dalam perut, serta beberapa lagi kesan sampingan yang lain. 
  • Penghidap gout kronik biasanya perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya untuk menurunkan paras asid urik dalam badan.

Bagaimana Untuk Mengawal Gout?
  • Amalkan cara hidup sihat. 
  • Kawal dan kurangkan berat badan bagi yang mempunyai masalah overweight. 
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan serangan gout, dan banyakkan pengambilan makanan yang seimbang. 
  • Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Air sangat penting untuk proses pembuangan toksin daripada badan. 
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol. 
  • Selalu bersenam dan beriadah. 
  • Kurangkan merokok (lebih elok jika berhenti terus). 
  • Pengambilan supplement vitamin C

Bagaimana perasaan anda setelah membaca info-info diatas? Adakah kita akan terus membiarkan abang, adik, ayah, datuk, pakcik, kawan-kawan dan mungkin juga ibu dan nenek kita terdedah kepada serangan gout tanpa kita mahu berbuat apa-apa untuk mencegahnya?


Bertindaklah sekarang dan ceritakan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan kita tentang betapa seriusnya penyakit gout ini. Khabarkan juga kepada mereka bahawa Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk mencegah serangan penyakit gout samada untuk lelaki mahupun untuk wanita.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri saya pada kali ini. Semoga anda mendapat sedikit manafaat daripada info yang diberikan. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami serta ingin membeli supplement dan vitamin Shaklee, jangan malu jangan segan untuk menghubungi kami. InsyaAllah, kami akan berikan bantuan dan konsultansi yang terbaik serta kami juga akan kongsikan rahsia bagaimana individu lain bebas daripada gout.


Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / WeChat /Line: 011-1168 4087
Whatsapp : 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment