Monday 28 April 2014

Set Shaklee Untuk Kulit Berminyak | Set Kecantikan Shaklee

MUKA BERMINYAK SAMPAI BOLEH GORENG TELUR?!

Teruk sangat bunyinya kan. Tetapi anda perlu tahu, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit terlalu berminyak, mereka amat menginginkan kulit yang kering, dan kebiasaannya mereka sering berasa tertekan dengan keadaan muka yang berminyak.

Oily Skin


Saya pernah baca artikel mengenai Christina Aguilera dalam satu majalah kecantikan.

Menurut jurumekap-artis CA, kulit wajah beliau sangat berminyak sehingga mekap susah untuk lekat pada kulitnya dan akan menjadi seakan-akan cair bila CA berpeluh kerana adanya minyak yang banyak. Jadi diantara ikhtiar yang dilakukan oleh Christina Aguilera ialah, beliau mengambil supplement untuk mengatasi masalah kulit berminyaknya. Tapi supplement apa saya tidak pastilah.

Masalah muka berminyak ini adalah disebabkan oleh kelenjar minyak (Sebaceous Gland) yang berada dibawah lapisan kulit yang terlalu aktif mengeluarkan minyak untuk kulit.

Struktur Kulit Manusia

Jadi jika kulit berminyak, pakailah bedak, mekap dan skin care satu kontena sekalipun, kalau punca dalaman tidak diatasi (iaitu kelenjar minyak pada kulit yang terlalu aktif), maka tak akan selesai juga masalah kulit berminyak tu.

Malah apa lebih menakutkan lagi ialah apabila penggunaan mekap yang berlebihan akan menyebabkan jerawat lebih senang tumbuh kerana liang roma telah di-blocked dengan minyak dan sisa mekap pada wajah serta debu dan kotoran daripada udara dan sekeliling kita.



Bakteria akan mudah membiak pada liang roma yang telah tersumbat dan mengakibatkan inflamasi. Hasilnya, makin besarlah jerawat, sehingga menjemput jerawat batu (yang sakit dan menyeksakan itu) singgah berkampung ke kulit kita.

Wah… panjangnya keterangan punca jerawat kan. Kebanyakkannya berasal dari masalah kulit berminyak. Untunglah anda yang mempunyai kulit macam telur rebus yang sudah dikupas tu, licin dan lembut je.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Anda?

Set Shaklee Untuk Kulit Berminyak adalah gabungan vitamin-vitamin yang boleh membantu mengurangkan masalah kulit berminyak sekaligus menjadikan kuilt anda cantik, bersih dan bebas daripada jerawat dan cela.

1. B-Complex
  • Membantu mengekalkan tona kulit yang sihat.
  • Membantu mengawal stress supaya kita lebih tenang. (Stress adalah antara punca utama masalah jerawat)

2. Vitamin-C (Sustained Release Vita-C Plus)
  • Merangsang pembentukan kolagen supaya kulit lebih anjal dan awet muda.
  • Mencantikkan kulit dengan menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen iaitu punca utama jeragat.
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Membantu menyekat dan membunuh bakteria penyebab jerawat
  • Melegakan inflamasi 

3. Zinc-Complex
  • Mengurangkan inflamasi pada kulit
  • Mempertingkatkan fungsi imun dan menghalang infeksi
  • Membantu pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki alergi.

4. Alfalfa-Compex
  • Membantu mengurangkan infeksi pada kulit
  • Membantu proses detoksifikasi iaitu menyingkirkan toksin daripada badan.
  • Mencantikkan kulit
  • Melegakan inflamasi dan merupakan anti-radang

Set Kecantikan Untuk Kulit Berminyak Shaklee

Terima kasih kerana meluangkan sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Semoga anda mendapat info yang bermanafaat dan membantu anda untuk memilih produk terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda. 

Salam sayang dan jumpa lagi. 

Sms / WeChat /Line: 011-1168 4087
Whatsapp : 018-242 3727
Email : setkurusbajet@gmail.com