Showing posts with label phytocol. Show all posts
Showing posts with label phytocol. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Fitosterol VS Kolestrol

Tahukah anda apa itu FITOSTEROL? Kalau tidak tahu pun tidak mengapa, kita belajar sama-sama.

Fitosterol adalah daripada sumber tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang hampir sama dengan kolestrol dalam tubuh kita. Walaupun kedua-duanya adalah hampir sama tetapi fungsi kedua-duanya adalah TIDAK SAMA.

Kolestrol berasal daripada sumber haiwan yang akan menyebabkan PENINGKATAN KADAR kolestrol dalam badan kita, manakala Fitosterol pula dapat MENURUNKAN kadar kolestrol dalam darah kita. Sangat berbeza kan?

Fitosterol bertindak dengan cara menghalang kolestrol dalam usus kita daripada diserap ke dalam salur darah. Dengan ini, kolestrol yang tidak diserap akan dibuang daripada badan dan kadar kolestrol dalam darah akan berkurangan.


Kita perlu mengambil sebanyak 1000-3000 mg fitosterol sehari untuk menurunkan tahap kolestrol sehingga 10%. Untuk mendapatkan jumlah fitosterol tersebut, kita perlu memakan banyak sayuran segar, bijian dan buah-buahan setiap hari. Kita juga perlu mengelakkan pengambilan sebarang makanan yang mengandungi kolestrol tinggi seperti daging, ayam dan sebagainya.

Agak mustahil kan sebab badan kita masih memerlukan protein dan nutrien yang terdapat dalam daging, ayam dan sebagainya. Cara yang paling senang ialah dengan pengambilan supplement yang mengandungi fitosterol. 

Produk Shaklee yang terbaru iaitu Phytocol ST mampu membekalkan jumlah fitosterol yang diperlukan untuk menurunkan kadar kolestrol darah. Dengan pengambilan 2-6 biji Phytocol ST sehari mampu menghalang kolestrol daripada diserap oleh badan kita. 

*******************

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya pada kali ini. Semoga anda mendapat sedikit manafaat dan info berguna daripada entri ini. Sekiranya anda berminta untuk mendapatkan supplemen Phytocol ST ini atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi kami melalui nombor telefon atau email seperti yang tertera di bawah. 

Sebarang pembelian daripada kami akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultansi berterusan secara percuma, jemputan ke group ekslusif dalam Facebook, dan banyak lagi keistimewaan lain daripada kami. Anda boleh mendapatkan setiap produk yang ditawarkan dengan harga ahli jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimoni daripada pengguna yang menggunakan produk seperti yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Thursday, 29 May 2014

Bila Nafsu Menjadi Raja

Semasa mahu membeli makanan tadi, banyak pilihan lauk-pauk yang disediakan. Memang terliur bila tengok ada rendang ayam, asam pedas, ayam goreng dan sebagainya, sampai rambang mata nak pilih yang mana. Rata-rata makanan yang disediakan di restoran dan kedai makan mengandungi jumlah lemak dan kolestrol yang tinggi. 


Tapi bila dah teringin sangat, mana nak ingat lagi pasal kandungan kolestrol dan lemak itu kan. Bila nafsu makan sudah menguasai diri, ditambah lagi dengan juadah yang sudah tersedia depan mata, apalagi semua bantai makan. 

Rasanya bukan saya sahaja yang mengalami perkara ini kan. Kawan-kawan di luar sana pun pasti mengalami perkara yang sama. Maklum sajalah, masalah tahap kolestrol tinggi ini tidak ada symptom. Ianya hanya akan dikesan melalui pemeriksaan darah.

Bagaimana agaknya kita mengawal tahap kolestrol ini ye? Kami cadangkan pengambilan Set Kolestrol Shaklee yang merupakan gabungan vitamin Shaklee seperti berikut:-

Phytocol ST
Omega Guard
Garlic Complex
Vitamin E
Alfalfa

Setiap vitamin dalam Set Kolestrol ini mempunyai fungsi masing-masing tetapi dalam masa yang sama saling bergantungan antara satu sama lain untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan kita.



Pytocol akan menyekat kolestrol yang baru hasil daripada pengambilan makanan.

Omega akan mencairkan kolestrol-kolestrol lama dalam badan dengan bantuan Garlic Complex dan Vitamin E.

Alfalfa pula akan mengangkut semua kolestrol yang disekat oleh Phytocol dan kolestrol yang dicairkan oleh Omega dan menyingkirkannya daripada badan.

Best kan Set Kolestrol Shaklee ni. Bukan sahaja mampu menyingkirkan kolestrol baru, kolestrol sedia ada dalam badan pun boleh dibuang. Lepas ini kalau mahu makan apa pun tidak jadi masalah sebab dah ada Set Kolestrol Shaklee ini untuk membantu kita mengawal tahap kolestrol.

Ramadhan dah semakin dekat. Percayalah, masa bulan puasa nanti pasti nafsu makan semakin menjadi-jadi terutamanya sewaktu berbuka puasa. Semua benda kita nak makan. Kecualilah kalau anda seorang yang hati besi tahap gaban yang tak tergoda langsung bila tengok pelbagai lauk dan juadah. Memang saya akan tabik spring pada anda :-D.

Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp: 011-1168 4087 / 018-242 3727
Email: setkurusbajet@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Setiap artikel adalah hasil pembacaan daripada penulis serta hasil daripada pengalaman peribadi oleh penulis sendiri dan testimony daripada pengguna yang menggunakan produk yang dinyatakan dalam artikel.

* These statements have not been evaluated by the Ministry of Health of Malaysia (KKM).

Sunday, 18 May 2014

Set Shaklee Untuk Kolestrol

Ramai orang dewasa di Malaysia yang mempunyai masalah tahap KOLESTROL TINGGI dalam darah. Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya mengawal dan menurunkan tahap kolestrol darah mereka selepas mendapatkan khidmat kepakaran kami.


Tubuh kita sebenarnya memerlukan kolestrol untuk membantu menjalankan fungsi-fungsi tertentu dalam badan. Badan kita hanya memerlukan jumlah kolestrol yang sedikit sahaja, namun gaya hidup yang kurang sihat menyumbang kepada pembentukan kolestrol yang lebih tinggi. Apa tidaknya, untuk sarapan sahaja kita sudah terbiasa untuk dengan nasi lemak, roti canai, dan sebagainya. Ini belum termasuk lagi dengan makanan fast-food yang lain.

Kolestrol sahaja sebenarnya tidak berbahaya, TETAPI kandungan kolestrol darah yang tinggi boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti stroke dan serangan jantung serta menyumbang kepada penyakit kardivioskular yang lain. Harus diketahui bahawa serangan jantung merupakan pembunuh NO.1 di Malaysia.

>>Sila klik disini untuk info ringkas mengenai serangan stroke

Semua orang berpotensi untuk menghidap masalah kolestrol tinggi. Jangan ingat orang gemuk sahaja yang boleh dapat masalah ini. Orang yang kurus keding pun tidak terkecuali. Sebab itulah kami berada di sini untuk membantu mereka yang mempunyai masalah ini untuk mengawal dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah.

Vitamin Shaklee yang kami cadangkan untuk Set Kolestrol ialah

Phytocol
Omega Plus
Garlic Complex
Vitamin E
Alfalfa

Harus diingat bahawa masalah ini tidak mempunyai symptom yang jelas. Mungkin ada diantara kita sekarang yang ada masalah tahap kolestrol tinggi tetapi tidak menyedarinya. Masalah ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Berjumpalah dengan doctor anda sekarang untuk menguji tahap kolestrol anda.

Sekiranya anda menghadapi masalah tahap kolestrol tinggi atau sekiranya anda berpotensi untuk mendapat masalah ini, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan berusaha untuk membantu anda mendapatkan nilai hidup yang lebih baik dan tahap kolestrol yang lebih terkawal.

“Kehidupan Yang Sihat Adalah Pilihan. Pilih Untuk Sihat!”


Salam sayang dan jumpa lagi.

Sms / Whatsapp : 011-1168 4087 / 018-2423727
Email : setkurusbajet@gmail.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Setiap artikel yang dituliskan adalah hasil daripada pembacaan penulis serta hasil pengalaman peribadi penulis dan pengalaman daripada pengguna produk yang dinyatakan dalam artikel.