Ramai orang yang menghidap masalah kulit berjeragat terutama
sekali wanita. Alhamdulillah, ramai yang berjaya sembuh daripada masalah ini
setelah mendapat khidmat perkongsian kepakaran daripada kami. Tahukah anda
bahawa masalah jeragat adalah masalah kulit top-10 paling banyak dihidapi di Asia Tenggara.
Jeragat muka yang kritikal |
Pada kebiasaanya kita akan melihat makcik-makcik yang sudah
berumur sering mengalami masalah jeragat ini. Tetapi sebenarnya orang
muda pun boleh terkena masalah kulit. Mereka yang sering terkena masalah kulit
berjeragat ialah yang berumur di antara 20-50 tahun.
Jeragat pada wanita muda |
Ada di antara kita yang tidak sedar kita sebenarnya
mempunyai masalah jeragat kerana ianya tidak kelihatan pada kulit dan hanya
akan nampak jelas semasa mengandung. Jeragat ini akan kekal seumur hidup
sekiranya dibiarkan sahaja tanpa dirawat.
Sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai masalah jeragat,
maka kemungkinan besar kita juga akan mendapat masalah kulit berjeragat.
Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga boleh menyebabkan
masalah jeragat. Selain itu, pengambilan hormone seperti pil perancang juga
boleh menyumbang kepada masalah jeragat. Mereka yang sering terdedah kepada
sinaran matahari yang terik juga sering mengalami masalah kulit berjeragat ini.
Bagi yang tidak terkena masalah jeragat ini mungkin
menganggap masalah ini tidak serius. Namun bagi mereka yang menghadapi masalah
ini akan berasa sangat tertekan kerana jeragat ini akan mencacatkan penampilan.
Ada yang menggunakan foundation dan concealer untuk menutup jeragat tersebut. Tetapi itu hanyalah penyelesaian sementara.
Kita hanya menutup jeragat dan bukannya menghilangkan jeragat tersebut. Lagipun
tidak mungkin kita akan bermekap 24jam kan. Kecantikan luaran sebenarnya bermula daripada
kecantikan dalaman.
Menyembunyikan cela pada wajah dengan mekap |
Semua wanita mahukan paras wajah yang bebas cela dan tidak
mempunyai masalah kulit. Andainya kulit wajah kita bermasalah, kita akan kurang
keyakinan diri. Kerana itulah kami berada di sini untuk membantu mereka yang
mengalami masalah kulit berjeragat untuk merawat dan mengatasi masalah jeragat
tersebut agar anda memiliki kulit yang cantik berseri dan bebas daripada
jeragat.
Sekiranya anda mengalami masalah jeragat, ataupun anda
mengenali sesiapa yang ada masalah kulit berjeragat, boleh mengubungi kami
untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InsyaAllah, kami akan
kongsikan rahsia bagaimana orang lain berjaya merawat dan mengatasi masalah
jeragat yang menyakitkan hati ini.
Salam sayang dan jumpa lagi.
Sms / WeChat /Line /Whatsapp: 011-1168 4087
Email : setkurusbajet@gmail.com
No comments:
Post a Comment